My Add

Saturday 15 December 2012

Pemimpin dunia terkejut pembunuhan terbaru di AS

*BENDERA dikibarkan separuh tiang di Monumen Washington bagi memperingati kejadian tembakan rambang di Sandy Hook Elementary School, Connecticut.



*OBAMA menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan takziah terhadap mangsa tembakan di sebuah sekolah di Newtown, Connecticut.


BRUSSELS, SABTU, 15 Disember, 2012: Pemimpin dunia melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan kejadian pembunuhan 20 kanak-kanak dan enam guru di Connecticut yang disifatkan kejadian pembunuhan terburuk dalam sejarah membabitkan sekolah.

“Saya ingin menyatakan rasa terkejut dengan kejadian tragik yang berlaku di sekolah di Connecticut hari ini,” kata Ketua Diplomasi Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso pula berkata, beliau amat terkejut dan sedih sebaik mengetahui kejadian yang amat menyayat hati yang berlaku di Sandy Hook Elementary School.


“Kanak-kanak yang mahu membina harapan dalam kehidupan mereka sudah musnah," katanya dalam satu kenyataan.

Media tempatan melaporkan, penembak yang juga seorang remaja mensasarkan mangsanya di bahagian tadika terlebih dulu sebelum ke tempat guru.

“Saya amat terkejut dan teramat sedih dengan kejadian yang menyayat hari ini," kata Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Ratu Elizabeth II turut menghantar mesej sama kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang merakamkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian tembakan di sekolah itu.
Presiden Perancis, Francois Hollande turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dalam mesejnya kepada Obama.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dalam kenyataannya berkata: “Australia berkongsi kesedihan dengan rakyat Amerika hari ini susulan kejadian pembunuhan kanak-kanak dan guru mereka di Connecticut." - AFP

No comments:

Post a Comment