My Add

Thursday 20 December 2012

Pengerusi DAP Perak enggan ulas isu habuan tanah
IPOH, RABU, 19 Disember, 2012: Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Koo Ham memberi alasan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.

''Kerana saya peguamnya. Di bawah undang-undang, ada benda yang menjadi rahsia yang tidak boleh didedahkan. Ia untuk melindungi anak guam," katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Gua Musang, Kelantan kepada Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment