My Add

Tuesday 4 December 2012

Perbicaraan kes khalwat Beego ditangguh lagi

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012: Perbicaraan kes khalwat pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego dan dua rakannya ditangguhkan lagi sehingga 19 Mac tahun depan.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut setelah peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan memohon tarikh baru dengan alasan beliau hanya dimaklumkan hari ini yang representasi dikemukakannya pada September lalu telah ditolak.

Sebelum itu, beliau turut memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan enggan menyerahkan kepadanya dokumen dan laporan polis berhubung kes berkenaan.

"Walaupun tiada peraturan dalam peruntukan Enakmen Tatacara Jenayah untuk permohonan ini namun perkara ini boleh diamalkan kerana ia memberi faedah dalam kes-kes yang melibatkan jenayah,’’ katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment