My Add

Thursday 13 December 2012

Sambut hari lahir ke-100

 *OTHMAN Daud dan Ramlah memotong pulut kuning sambil diperhatikan 
penduduk kampung sempena majlis sambutan hari lahirnya di Bukit Mertajam,
 Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM, RABU, 12 Disember, 2012: Tarikh hari ini merupakan paling istimewa buat seorang warga emas dari Mukim 8, Kampung Tanah Liat di sini yang menyambut hari jadinya yang ke-100 tahun.

Bagi meraikan hari bermakna untuk Othman Daud atau lebih dikenali sebagai Pak Long Man itu, penduduk kampung bergotong-royong mengadakan majlis kesyukuran.

Dalam majlis itu, penduduk membacakan doa selamat sebelum upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan hari lahirnya.

Othman berkata, ini merupakan kali pertama dia diraikan dalam majlis sedemikian yang penuh meriah oleh rakan-rakannya

Dia yang dilahirkan pada 12 Disember 1912, berkata, tiada sebarang petua yang diamalkannya untuk kekal sihat sehingga mencapai usia 100 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment