My Add

Wednesday 5 December 2012

Selangor gagal kutip hasil pasir RM150j setahun

SEPANG, SELASA, 04 Disember, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerajui kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu gagal menunaikan janji yang dibuat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 2009 untuk mendapat hasil RM150 juta setahun melalui sumber pasir.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kerajaan negeri sebaliknya hanya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari 2009 hingga 2011.

‘‘Penduduk di Selangor termasuk di Sepang hanya melihat lori pasir keluar masuk di banyak tempat tetapi kita gagal melihat aktiviti pengangkutan pasir ini bertukar kepada sumber hasil di negeri ini.

‘‘Jumlah kutipan melalui hasil pasir tidak konsisten dengan aktiviti melombong pasir yang begitu banyak di negeri ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Sepang di Bukit Changgang, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment