My Add

Friday 21 December 2012

Thailand sasar anjur Formula Satu tahun 2015

BANGKOK, JUMAAT, 21 DisEMBER, 2012: Thailand dijangka akan menjadi penganjur perlumbaan Formula Satu (F1) di Bangkok pada 2015 selepas cadangan asalnya ditangguhkan, kata yang dipertua majlis sukan negara itu hari ini.

"Perlumaan F1 nampaknya hanya dapat diadakan pada awal 2015 berbanding cadangan asal pada 2014," kata Kanokphand Chulakasem kepada akhbar Bangkok Post.

Musim 2014 menyaksikan dua sirkit baru disenaraikan iaitu di Sochi, Rusia dan sirkit jalan raya New Jersey, AS manakala kalendar untuk tahun tersebut juga sudahpun siap melibatkan 20 pusingan.

Bagaimanapun, Thailand dicadang menjadi penganjur tahun berikutnya. -REUTERS

No comments:

Post a Comment