My Add

Tuesday 11 December 2012

Virus selesema burung baru, merbahaya ditemui di Indonesia

JAKARTA, SELASA, 11 Disember, 2012:: Indonesia sudah mengenalpasti virus selesema burung yang mengakibatkan ratusan ternakan itik mati beberapa minggu lalu dalam kumpulan virus yang lebih merbahaya, iaitu pertama kali ditemui di negara itu.

Ketua Veterinar Kementerian Pertanian Indonesia, Syukur Iwantoro dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menemui ejen bakteria selesema burung jenis sampingan H5N1 dengan kumpulan organisma 2.3.

“Kumpulan organisma itu adalah yang terbaru dan pertama kali ditemui di Indonesia, di mana ia amat berbeza dengan influenza yang ditemui sebelum ini, iaitu tergolong dalam kumpulan 2.1,” katanya.

Sejak November lalu, persatuan penternak Indonesia melaporkan kepada kementerian negara itu berhubung kematian lebih 300,000 ternakan itik di beberapa wilayah di kepulauan Jawa. - AFP

No comments:

Post a Comment