20 pengawal keselamatan warga asing ditahan
Oleh ANI AWANG
BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 07 November, 2013: Tindakan beberapa syarikat kawalan keselamatan menggaji pekerja asing terbongkar apabila 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam 12 operasi di negeri ini, semalam dan hari ini.
Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 40 tahun itu membabitkan warga Nepal sebanyak 12 orang, Pakistan (lima) dan Filipina tiga orang termasuk seorang wanita.
Ketua Bahagian Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, mereka ditahan oleh sepasukan 13 anggota penguatkuasa yang membuat pemeriksaan di 12 lokasi terbabit. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment