My Add

Friday, 8 November 2013

Bengkel kereta jadi markas edar dadah dibongkar

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

KOTA KINABALU, KHAMIS, 07 November, 2013: Taktik lima lelaki yang menjadikan sebuah bengkel kereta dua tingkat sebagai lokasi pengedaran dadah terbongkar selepas premis tersebut diserbu dalam satu operasi di BDC Industrial Estate, Jalan Kelombong, Inanam dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 3 petang itu, polis merampas 3.96 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta, selain menemukan wang tunai berjumlah RM465,000, sepucuk pistol jenis Revolver berserta 12 butir peluru getah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, selain dadah jenis syabu, pihaknya turut menemukan lapan buah kereta mewah dan tiga buah motosikal dengan kesemua kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM1.9 juta.

Katanya, pihak polis terpaksa memecah masuk pintu utama bengkel tersebut setelah pemiliknya enggan memberi kerjasama. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment