Oleh Nor Aziah Jaafar
PARIS, JUMAAT, 08 November, 2013: Beberapa negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meminta bantuan Malaysia untuk meningkatkan sistem pendidikan mereka termasuk dalam aspek latihan dan pendidikan guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permintaan tersebut dinyatakan oleh Menteri Pendidikan Oman, Dr. Madiha Al-Shabaini; Menteri Pendidikan Namibia, Dr. David Namwandi dan Menteri Pendidikan Indonesia, Prof. Dr. Mohammad Nuh yang mengadakan pertemuan bilateral dengan beliau semalam sempena Persidangan Agung UNESCO Ke-37 yang berlangsung dari 5 November hingga esok.
Menurutnya, mereka amat berminat dengan kejayaan sektor pendidikan di Malaysia dan meminta untuk mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama.
"Berdasarkan pengalaman kita yang lalu dan terkini, ramai pemimpin terutama menteri pendidikan yang berada di UNESCO begitu berminat tentang inisiatif yang sedang kita ambil di Malaysia khususnya dengan siapnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kita lancarkan baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.
Beliau terdahulu bersarapan dengan media Malaysia yang membuat liputan Persidangan Agung UNESCO Ke-37 yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia Ke Perancis, Tan Sri Ismail Omar.
Menurut Muhyiddin, Malaysia sudah menjalin kerjasama dengan Oman menerusi beberapa MoU yang ditandatangani sebelum ini, namun negara itu meminta Malaysia meningkatkan lagi kerjasama secara lebih aktif kerana mereka amat berminat dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan yang dicapai oleh negara.
"Contohnya dalam bidang latihan dan pendidikan guru, Oman meminta bagaimana kita boleh membantu Kementerian Pendidikannya dan kita akan tetapkan tarikh untuk jawatankuasa kerja bersama ditubuhkan dengan seberapa segera," katanya.
Beliau menjelaskan, Namibia pula memaklumkan ramai pelajarnya berminat untuk datang ke Malaysia kerana mendapati kualiti pendidikan yang ditawarkan amat tinggi.
"Mereka juga minta kita adakan satu memorandum persefahaman untuk tingkatkan kerjasama pendidikan," katanya.
Menurutnya, Indonesia pula mengucapkan terima kasih kerana Malaysia membenarkan mereka membuka kelas-kelas untuk anak-anak pekerja dari negara itu mendapatkan pendidikan terutama di Sabah.
"Kita dimaklumkan kelas-kelas berkenaan sudah siap dan akan digunakan dalam tempoh terdekat. Ini adalah selaras dengan prinsip UNESCO iaitu sesiapa sahaja tidak dihalang untuk mendapat pendidikan," katanya. - UTUSAN
* MUHYIDDIN Yassin menerima kunjungan hormat Madiha Al-Shabaini ketika menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-37 di Paris, semalam. - BERNAMA |

No comments:
Post a Comment