My Add

Friday, 8 November 2013

Devamany sah pertahan Naib Presiden MIC

IPOH, KHAMIS, 07 November, 2013: Datuk S. K. Devamany hari ini mengumumkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden MIC pada pemilihan parti itu, 30 November ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut diambil bagi memperkuatkan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, dengan pengalaman luas lebih 25 tahun dalam parti akan digunakannya untuk memperkasakan parti tersebut, sekali gus memberi khidmat bakti terbaik kepada masyarakat.

“Keputusan untuk mempertahankan jawatan ini adalah bagi meneruskan agenda parti sebagai pembela rakyat, khususnya kepada kaum India di negara ini.

‘‘Bagi memastikan parti ini kekal relevan dan berkesan menjelang pilihan raya akan datang, ini cabaran yang perlu dihadapi. Kita perlu menyatukan kaum India sama ada di peringkat akar umbi, kelas pertengahan, belia dan wanita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment