My Add

Friday, 8 November 2013

Nur Jazlan disaran bersara politik, terlibat sepenuh masa dalam korporat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 NovEMBER, 2013: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed disarankan agar bersara daripada politik dan terlibat di dalam dunia korporat secara sepenuh masa.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli yang juga ahli UMNO berkata, gesaan itu dibuat berikutan tulisan Nur Jazlan melalui ruangan Pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Oktober lalu mengenai pemilihan UMNO yang menyaksikan kekalahannya bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Berikut adalah kenyataan penuh Khairul Anuar berhubung perkara itu:

l Kita difahamkan emosi Datuk Nur Jazlan terganggu apabila cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor, menteri Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi tak tercapai baru-baru ini. Nur Jazlan dikatakan gagal mengawal perasaan kecewa setelah menganggap beliau sahajalah orang yang paling layak pegang jawatan dan kedudukan yang tinggi-tinggi.

l Justeru itu, untuk memulihkan tekanan emosi, kita menyarankan supaya Nur Jazlan diberi kaunseling oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO sebelum keadaan beliau jadi lebih teruk.

l Kita juga ingin buat cadangan supaya orang yang tidak rela kalah bertanding jangan bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO. Penyakit emosi ini tidak sihat bagi perjuangan parti. Kita cadangkan supaya Nur Jazlan bersara terus daripada politik dan masuk ke dunia korporat sepenuh masa. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment