Dua pekerja taska ditahan berhubung kes dera
KUALA LUMPUR, RABU, 06 November, 2013: Polis menahan dua wanita yang merupakan pekerja sebuah taska di Taman Melati di sini Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak di taska berkenaan baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan pemilik taska terbabit dikenali sebagai Rozita Awang, 35, yang kini telah menghilangkan diri. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment