Calon SPM meninggal hari pertama peperiksaan
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
DUNGUN, RABU, 06 November, 2013: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar dekat sini meninggal dunia awal pagi ini di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kemalangan.
Mangsa, Mohd. Nor Alif Harun, 17, yang merupakan calon SPM aliran vokasional (automotif) dimasukkan ICU sejak dua hari lalu akibat kecederaan serius selepas terlibat dalam satu kemalangan dekat sini Jumaat lalu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment