Ikhwanul Muslimin gagal batalkan pengharaman pertubuhan
KAHERAH, KHAMIS, 07 November, 2013: Ikhwanul Muslimin hari ini gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah yang mengharamkan pergerakan tersebut.
Menurut sumber, Ikhwanul Muslimin turut gagal dalam membatalkan keputusan merampas aset-aset pergerakan tersebut.
Sebuah mahkamah pada September lalu mengharamkan pergerakan Islam paling berpengaruh di Mesir itu.
Tindakan ke atas Ikhwanul Muslimin itu berlaku selepas Presiden, Mohammed Mursi digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera pada 3 Julai lalu. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment