My Add

Wednesday, 6 November 2013

Lima penganut Ahli Sunnah mati ditembak

KARACHI, RABU, 06 November, 2013: Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima penganut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di sini semalam, sehari selepas enam penganut minoriti Syiah mati dibunuh di bandar yang sama.

Polis berkata, kesemua mereka yang dibunuh merupakan anggota pergerakan Deobandi atau pun kumpulan ekstrem yang diharamkan.

"Mereka menjadi sasaran kerana mazhab yang dipegang," kata pegawai polis, Muneer Shaikh kepada AFP.

Ujar Muneer lagi, kejadian pembunuhan itu berlaku di satu kawasan di Karachi, namun beliau enggan mengulas sama ada serangan tersebut bermotifkan balas dendam. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment