My Add

Wednesday, 6 November 2013

Salahuddin tidak bertanding Timbalan Presiden Pas

KUALA LUMPUR, RABU, 06 November, 2013: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas pada pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.

Pengumuman tersebut sekali gus membuka ruang kepada pemimpin-pemimpin dari golongan ulama parti iaitu Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah merebut jawatan yang kini disandang Mohamad Sabu itu.

Jelas Salahuddin, tiada keperluan baginya pada masa ini untuk bertanding jawatan tersebut dan beliau berterima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkannya.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu atas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment