Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
* NAJIB Tun Razak menunjukkan paparan skrin aplikasi iskandar.my pada telefon pintar sebagai panduan perjalanan kepada para pelawat Iskandar Malaysia serta pelaksanaan Program Rendah Karbon Iskandar Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di bangunan Parlimen, semalam. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (lima dari kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (tiga dari kanan). - utusan/MOHD. NOOR MAT AMIN |
Pelancaran buku itu disempurnakan selepas Najib mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kali ke-14 di Parlimen.
"Kita yakin 10 program utama ini akan memberi nafas baharu kepada kehidupan di Iskandar Malaysia dan menarik lebih banyak aktiviti ekonomi ke koridor tersebut dan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini.
Selain itu, beliau turut melancarkan iskandar.my iaitu aplikasi untuk peranti mudah alih yang dibangunkan IRDA sebagai panduan perjalanan para pelawat ke Iskandar Malaysia.
Mesyuarat itu turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.
Mohamed Khaled dalam sidang akhbar selepas itu berkata, Najib menyambut baik komitmen IRDA memperkenal 10 program utama yang digariskan di dalam buku berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, penghasilan buku tersebut juga susulan Rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 30 November tahun lalu dalam sesi ke-18 Conference of Parties (COP18), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim di Doha, Qatar.
"Kami juga akan membentangkan buku ini dalam persidangan sama yang akan diadakan di Warsaw, Poland pada 23 November ini," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment