My Add

Friday, 8 November 2013

Op Cantas Khas: 18,349 ditangkap setakat 13 Oktober

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 November, 2013: Sebanyak 18,349 individu ditangkap menerusi Op Cantas Khas setakat 13 Oktober lalu kerana disyaki terlibat atau pernah menjadi ahli kongsi gelap dan pertubuhan haram, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses mengenal pasti penglibatan mereka yang ditangkap dan sekiranya mempunyai bukti kukuh serta dipersetujui Pejabat Pendakwa Raya, kumpulan itu akan didakwa di mahkamah.

"Dalam Op Cantas Khas yang dilaksanakan pada 17 Ogos lalu, usaha giat sedang dijalankan untuk menangkap ketua dan ahli-ahli kongsi gelap.

"Dakwaan yang menyatakan polis tidak menangkap ahli kumpulan kongsi gelap adalah kenyataan tidak berasas sama sekali dan mempunyai agenda tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang membangkitkan mengenai jumlah 40,313 rakyat Malaysia yang didakwa menjadi ahli kongsi gelap namun masih belum ditangkap. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment