My Add

Saturday, 9 November 2013

Polis tahan suspek yang terlibat bom

BEIJING, SABTU, 09 November, 2013: Polis China semalam menahan seorang suspek yang disyaki mencetuskan letupan kecil di hadapan bangunan Parti Komunis di bandar Taiyun minggu ini, kerana dia mahu "membalas dendam kepada masyarakat".

Suspek Feng Zhiyuan, 41, dari Taiyuan sebelum ini pernah dimasukkan penjara selama sembilan tahun kerana kesalahan mencuri.

"Polis menemui bahan letupan buatan sendiri di kediamannya dan beberapa bukti lain berkait dengan jenayah," lapor media tempatan. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment