100 orang maut Filipina dilanda Taufan Haiyan
MANILA, SABTU, 09 November, 2013: Sekurang-kurangnya 100 orang maut dan beribu-ribu rumah di bandar Tacloban ditenggelami air selepas taufan Haiyan melanda negara ini, kata pegawai hari ini.
Angka kematian dan kerosakan dijangka meningkat mendadak ketika pasukan penyelamat tiba di kawasan yang terputus hubungan ekoran kejadian itu.
Taufan Haiyan yang melanda enam lokasi di negara ini dilaporkan kini bergerak ke arah Vietnam.
Haiyan dijangka melanda Vietnam esok. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment