My Add

Saturday, 9 November 2013

Projek perumahan mampu milik FELDA di peringkat akhir

PORT DICKSON, JUMAAT, 08 November, 2013: Pelan pembangunan projek perumahan mampu milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di kawasan yang menempatkan ibu pejabatnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur kini di peringkat akhir, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

"Bagaimanapun, kita sedang membuat beberapa cadangan dan pelan susun atur ke atas perumahan generasi Felda yang dibina di atas tanah berkeluasan 8.1 hektar (20 ekar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 1Keluarga 1Malaysia anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Telok Kemang hari ini.

Felda merancang membina sekurang-kurangnya 3,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu dan separuh daripada perumahan itu akan diperuntuk kepada anak peneroka yang bekerja di sekitar ibu negara sementara bakinya bagi mereka yang layak.

Harga rumah itu akan ditetap oleh kerajaan.

Mohd. Isa juga berkata, projek itu dijangka bermula selewat-lewatnya awal tahun depan dan kawasan berkenaan akan dibangun secara berperingkat mengikut fasa. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment