Saiz mata pukat tunda: Kabinet sokong langkah kementerian
Oleh HERMAN HAMID
KUANTAN, JUMAAT, 08 November, 2013: Mesyuarat Kabinet hari ini sebulat suara menyokong tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menguatkuasakan peraturan menggunakan saiz mata keroncong pukat tunda di bawah ukuran 38 milimeter (mm) bermula 1 November lalu.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama nelayan di negeri ini termasuk dari Kemaman di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment