My Add

Wednesday, 6 November 2013

Seramai 470,395 calon menduduki SPM mulai hari ini

KUALA LUMPUR, RABU, 06 November, 2013: Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 5 Disember depan.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 25,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment