Pistol kes pengawal samun kedai emas milik penyelia
Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 06 November, 2013: Polis mengesahkan pistol yang digunakan oleh suspek dalam kes samun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak baru-baru ini adalah milik penyelia syarikat kawalan keselamatan terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sehubungan itu, penyelia berkenaan ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan kerana membenarkan suspek yang tidak mempunyai lesen senjata api menggunakan pistol bagi menjalankan tugas. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment