SPR ditegur isu pengundi gagal dikesan
KUALA LUMPUR, RABU, 06 November, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencari jalan supaya isu pengundi tidak dapat dikesan segera diselesaikan demi kebaikan sistem pilihan raya negara.
Shahidan berkata, masalah itu sering berlaku sebelum ini dan terbaru, ketika Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau membabitkan kawasan di Bukit Besar yang mana jumlah undi yang diperoleh melebihi jumlah penduduk.
Mungkin inilah yang orang kata pengundi hantu, pengundi yang tidak dapat dikesan. Saya sudah rujuk perkara ini kepada SPR tetapi mereka kata tidak boleh buat apa-apa.
Perkara perlu diberikan perhatian. SPR perlu mencari jalan supaya hanya penduduk di sesuatu kawasan itu sahaja mengundi bagi mengelak timbulnya isu pengundi tidak dapat dikesan ini," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Shahidan turut menegur SPR mengenai penempatan kawasan penyokong parti-parti yang bertanding.
Katanya, jarak yang terlalu rapat menyebabkan insiden pergaduhan timbul antara kedua-dua penyokong.
SPR tidak boleh kata keadaan ini tidak dapat dikawal. Insiden seperti ini sudah beberapa kali berlaku, sepatutnya isu penempatan kawasan penyokong ini diberikan perhatian serius," kata beliau. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment