My Add

Monday 17 December 2012

10 kanak-kanak perempuan maut dalam letupan

JALALABAD, Afghanistan, ISNIN, 17 Disember, 2012: Sebanyak 10 kanak-kanak perempuan Afghanistan yang sedang mengutip kayu api terbunuh dalam satu letupan di timur negara itu hari ini.

Sehingga kini punca letupan yang mengorbankan nyawa di wilayah Nangarhar belum diketahui. Ia mungkin akibat periuk api yang ditanam puak Taliban di kawasan lombong pasir ekoran konflik yang sudah berdekad itu.

Kanak-kanak perempuan tersebut berusia antara sembilan dan 11 tahun, sedang mengutip kayu api di pedalaman daerah Chaparhar, berhampiran sempadan Pakistan, yang merupakan kawasan kumpulan militan paling berbahaya. - REUTERS

No comments:

Post a Comment