My Add

Saturday 22 December 2012

20 cedera: Penyokong, pembangkang Mursi bertempur

ISKANDARIAH, SABTU, 22 Disember, 2012: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera apabila kumpulan penyokong Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertempur dengan penyokong kumpulan pembangkang di sini, semalam.

Pertempuran tersebut berlaku menjelang satu undian terakhir ahli Parlimen terhadap pembentukan Perlembagaan berlandaskan undang-undang Islam yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan parti pembangkang.

Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menenangkan beribu-ribu penyokong kedua-dua kumpulan yang bertempur berhampiran sebuah masjid di Iskandariah. - REUTERS

No comments:

Post a Comment