My Add

Tuesday 11 December 2012

4 penyokong ditahan ketika Malaysia menentang Thailand

CHERAS, SELASA, 11 Disember, 201: Empat penyokong ditahan ketika perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dan Thailand Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil atas kesalahan membuat kekacauan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata dua lelaki berumur 27 tahun ditahan kerana cuba masuk ke dalam padang dan melintas palang halang di tempat orang kenamaan (VIP) bagi tujuan membuat kekacauan di dalam stadium.

“Kami juga berjaya menahan dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 27 tahun kerana membakar suar api ketika perlawanan sedang berlangsung. Polis turut merampas dua suar api yang sedang dibakar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Cheras, di sini, hari ini.

Keempat-empat individu terbabit dibebaskan atas ikat jamin polis dan kes itu akan dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya supaya pendakwaan dapat dilakukan jika wujud salah laku. - BH

No comments:

Post a Comment