My Add

Friday 7 December 2012

57,481 rakyat Malaysia kahwin warga asing

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Sebanyak 57,481 rakyat Malaysia bukan beragama Islam telah berkahwin dengan warga asing dalam tempoh lima tahun dari tahun 2007 sehingga 30 September lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 79.5 peratus atau 45,691 orang adalah lelaki manakala 20.5 peratus atau 11,790 orang adalah wanita.

"Terdapat pelbagai punca perkahwinan, walau bagaimanapun, kementerian hanya merekodkan maklumat yang diperlukan sahaja dan ia tidak melibatkan punca-puncKHAMIS,a0 perkahwinan.

"Proses permohonan untuk berkahwin dengan warganegara asing adalah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164)," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment