My Add

Tuesday 18 December 2012

90 peratus perkhidmatan awam dalam talian 2015 - Dr. Ali

PUTRAJAYA, SELASA, 18 Disember, 2012: Sebanyak 90 peratus daripada perkhidmatan yang diberikan penjawat awam akan dilaksanakan secara dalam talian menjelang 2015, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata, inovasi yang ditekankan bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) itu, selain mengurang intervensi pegawai, juga akan mengurangkan peluang dan ruang berlakunya gejala rasuah serta salah guna kuasa.

"Dengan adanya perkhidmatan dalam talian, rakyat akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan.

"Sehubungan ini, setiap jabatan dan agensi hendaklah memastikan sasaran yang ditetapkan pada 2015 itu tercapai dengan meneliti dan membangun sistem aplikasi online berkaitan bermula dari sekarang," katanya ketika merasmikan Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment