My Add

Friday 7 December 2012

ASEAN imbang kemelesetan AS, Eropah

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 06 Disember, 2012: ASEAN berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif pada kadar purata lima peratus, sekali gus membantu menampung kesan kemelesetan yang berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, galakan pelaburan serta dagangan antara negara-negara ASEAN merupakan faktor utama kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi pesat itu secara tidak langsung dapat membantu merapatkan jurang antara negara maju dan kurang maju di rantau ini.

"Saya dapat melihat bahawa kadar pertumbuhan ekonomi ASEAN kini terus berkembang pesat, malah nilai dagangan antara negara-negara ASEAN juga mencecah angka AS$2.13 trilion (RM6.39 trilion) pada tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment