My Add

Monday 17 December 2012

AUG 2012: Pemanah negara kuasai acara compound

VIENTIANE, ISNIN, 17 Disember, 2012: Skuad memanah negara melakar kejayaan apabila mendominasi acara compound individu wanita temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) dengan menyapu bersih ketiga-tiga pingat yang dipertandingkan di Lapangan Memanah, Kompleks Sukan Nasional dekat sini.

Atlet memanah negara Saritha Cham Nong meraih pingat emas menewaskan rakan sepasukannya Norhayati Al Madihah, dengan mata panahan 140-131.

Pingat gangsa diraih Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang menewaskan peserta tuan rumah Laos, Bupha Thana dengan mata 144-135.

Sementara itu bagi acara compound individu lelaki, skuad negara menyumbang satu pingat emas dan satu pingat gangsa menerusi Mohd Firdaus Isa yang menewaskan pemanah tuan rumah, Laos Thanonglith Siriphonh dengan mata 140-133.

Pingat gangsa dimenangi menerusi Mohd Kaharuddin Ashah yang turut menewaskan anggota pasukan tuan rumah Kham Vare Vanlivong, 142-136.

Acara recurve individu wanita sekadar menyumbang satu pingat gangsa menerusi Ezryn Meza Mohamed Hamzah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment