My Add

Sunday 23 December 2012

Azman Ujang mohon maaf kepada Perkasa

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 Disember, 2012: Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang (gambar) hari ini tampil memohon maaf sekiranya kenyataan beliau berhubung dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pernah menghina agama Kristian membawa kesan terhadap pertubuhan tersebut.

Dengan nada rendah diri, beliau juga menarik semula kenyataannya itu dan berharap isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan untuk mengelak berlaku perselisihan faham dalam kalangan pelbagai pihak.

"Saya dengan ikhlas menarik semula kenyataan saya berhubung perkara tersebut dan berharap semua pihak termasuk Perkasa memaafkan saya," ujarnya sewaktu berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhaddi Jalan Chan Sow Lin di sini.

Dalam forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini baru-baru ini, Azman menyatakan akhbar ini gemar memainkan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang membawa sentimen anti-Kristian dan sebagainya tanpa mengambil kira sentimen orang Kristian di Sabah dan Sarawak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment