My Add

Saturday 8 December 2012

Bekas jururawat Duchess of Cambridge ditemui mati

LONDON, SABTU, 08 Disember, 2012: Seorang jururawat sebuah hospital swasta yang pernah ditugaskan merawat isteri Putera William, Catherine atau Kate Middleton, ditemui mati di sini semalam, beberapa hari selepas mangsa diusik oleh sebuah stesen radio Australia melalui satu panggilan telefon.

Mangsa yang dikenali sebagai Jacintha Saldanha telah bekerja lebih empat tahun di hospital swasta, King Edward VII.

Menurut kenyataan hospital berkenaan, Saldanha merupakan jururawat yang cemerlang dan terkenal di kalangan kawan-kawan sekerjanya.

“Saldanha pernah menjadi mangsa panggilan palsu baru-baru ini dan pihak hospital telah memberi sokongan kepada mendiang untuk melalui saat-saat sukar ekoran diusik oleh stesen radio tersebut," jelas kenyataan berkenaan.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan, punca kematian Saldanha dikategorikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. - AFP

No comments:

Post a Comment