My Add

Monday 17 December 2012

Buang bayi: Tingkatkan pengetahuan cegah melalui pendidikan

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 Disember, 2012: Penerapan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan merupakan langkah terbaik bagi menangani kes pembuangan bayi yang dilihat tidak berkesudahan di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, banyak pihak seperti media mendedahkan masalah itu dengan harapan masyarakat menghindari terlibat dalam gejala sosial berkenaan.

Menurutnya, maklum balas kemudiannya turut diterima daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan hukuman mati dikenakan kepada pesalah yang terlibat dengan jenayah ini.

Namun, ujar Lam Thye, hukuman berat semata-mata tidak dapat menghalang kes-kes serupa daripada berulang serta mengurangkan jenayah tersebut seperti gantung sampai mati kepada kes pengedaran dadah. - UTUSAN d

No comments:

Post a Comment