My Add

Monday 17 December 2012

Buruh maut jatuh dari bumbung makmal sekolah

KUANTAN, ISNIN, 17 Disember, 2012: Seorang buruh binaan maut dipercayai tergelincir dari tingkat empat ketika melakukan kerja-kerja penukaran bumbung makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku pukul 10.45 pagi itu, menyebabkan Baharudin Shafei, 49, dari Felda Neram Dua, Bandar Baru Cheneh di Kemaman, Terengganu maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan berikutan terjatuh dari ketinggian 15.5 meter.

Rakan mangsa, Mohd. Zulkifli Jaafar, 32, berkata, ketika kejadian, dia bersama mangsa dan seorang lagi rakan sedang menukar bumbung makmal sekolah berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

“Bagaimanapun, tiba-tiba hujan dan saya terlebih dahulu turun untuk berlindung manakala Baharudin dan seorang rakan kami masih meneruskan kerja.

“Selang beberapa minit, saya terdengar bunyi benda jatuh, namun saya ingatkan bunyi atap yang sedang kami tukar," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment