My Add

Friday 7 December 2012

Cadangan bina masjid terbesar di timur London ditolak

LONDON, jumaat, 07 Disember, 2012: Pihak berkuasa Britain kelmarin menolak permintaan sebuah pertubuhan Islam untuk membina sebuah masjid besar bagi menampung lebih 9,000 jemaah di Taman Olimpik di sini.

Pertubuhan mubaligh yang berasal dari India, Tablighi Jamaat telah mengemukakan permohonan untuk membina masjid di bekas tapak kilang kimia di West Ham, timur London, sejak 1999, sekali gus menjadikan ia sebagai satu daripada pusat Islam terbesar di barat Eropah.

Pelan masjid itu menunjukkan kemudahan ruang solat yang mampu menampung sehingga 7,440 jemaah lelaki dan hampir 2,000 jemaah wanita.

Namun, Majlis Perbandaran Newham Borough menolak permohonan pembinaan pusat Islam berkenaan selepas satu mesyuarat diadakan lewat kelmarin dengan alasan masjid itu tidak termasuk dalam pelan pembangunan setempat dan boleh menimbulkan kesesakan lalu-lintas. - AFP

No comments:

Post a Comment