My Add

Friday 7 December 2012

Tiada impak inflasi - Zeti
 
 *ZETI Akhtar Aziz Gabenor Bank Negara Malaysia
Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Pengurangan subsidi yang dimulakan kerajaan secara berperingkat tidak akan memberi impak inflasi dan perubahan kadar faedah ketara kepada pengguna kerana negara mempunyai kemampuan untuk melakukan rasionalisasi secara beransur-ansur.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pendekatan tersebut memberikan lebih banyak ruang dan masa untuk industri dan pengguna menyediakan diri melalui langkah pengurusan yang lebih berkesan dan peningkatan produktiviti.

"Malaysia mempunyai prospek rasionalisasi dan mengemaskini pemberian subsidi secara berperingkat dan mempunyai ruang untuk berbuat demikian supaya perniagaan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment