My Add

Wednesday 19 December 2012

China terus banteras kumpulan ‘Almighty God’

BEIJING, RABU, 19 Disember, 2012: Pihak berkuasa China meneruskan operasi membanteras kumpulan ‘Almighty God’ yang menyebarkan khabar angin tentang ramalan hari kiamat, apabila lebih 500 anggotanya ditahan di wilayah Qinghai, semalam.

Turut dirampas dalam operasi itu sejumlah bahan bertulis dan digital tentang ramalan hari kiamat, lapor stesen penyiaran Central Television (CCTV).

Kelmarin, polis China menahan seramai 37 anggota kumpulan itu di Qinghai, manakala 56 lain di seluruh negara, selepas mereka menyebarkan khabar angin kiamat bakal melanda dunia pada 21 Disember ini.

Kumpulan itu mengaitkan ramalan hari kiamat itu dengan kalendar purba puak Mayan. - AFP

No comments:

Post a Comment