My Add

Thursday 13 December 2012

DHPP diminta berperanan sebagai penyokong sebenar

KOTA BHARU, RABU, 12 Disember, 2012: Kerajaan Pas Kelantan kesal dengan tindakan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kelantan yang mendakwa pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah bertindak melampaui bidang kuasa apabila mengeluarkan kompaun ke atas dua individu yang didakwa berkelakuan tidak senonoh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan DHPP itu kononnya pegawai terbabit bukan daripada bahagian penguatkuasaan, tidak berasaskan fakta yang betul.

Beliau berkata, Yang Dipertua MPKB-BRI boleh memberi kebenaran kepada mana-mana pegawainya untuk menjalankan kerja penguatkuasaan undang-undang, maka tidak timbul isu tiada kuasa.

"Saya sebagai Penolong Setiausaha Agung Pas mahu mengingatkan DHPP agar berperanan sebagai penyokong yang sebenarnya dan bukan membuat tindakan bertentangan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment