My Add

Wednesday 12 December 2012

Diusir MPPP tanpa pampasan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL 
 *HUANCheng Guan (duduk, kanan) bersama Chew Eng Hoe (duduk, tengah) 
serta ahli keluarganya menunjukkan gambar serta dokumen rumah mereka
 sebelum diusir oleh MPPP semasa sidang akhbar di Georgetown, Pulau 
Pinang, semalam.

PULAU PINANG. 11 Disember, 2012: Seorang warga emas kesal dengan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang 'mengusirnya' daripada kediamannya yang dibina di atas tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tanpa menerima sebarang pampasan.

Chew Eng Hoe, 71, berkata, dia yang berasa dizalimi dengan tindakan itu kini kehilangan rumah di Jalan Free School di sini yang diduduki lebih 60 tahun.

"Saya ada minta kos pindah sebanyak RM6,000 tetapi tidak dilayan malah hanya diberikan sebulan sahaja untuk berpindah ketika kejadian pada 2009. Permintaan saya supaya tempoh mengosongkan kediaman dilanjutkan juga tidak dipedulikan,' katanya.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment