My Add

Thursday 13 December 2012

Dua anak miliki tarikh lahir istimewa


*LAUSiew Hoon dan suami, Lee Wen Kang gembira kehadiran orang baru mereka di Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, RABU, 12 Disember, 2012: Sepasang suami isteri melahirkan rasa gembira apabila melahirkan dua anak pada tarikh yang sangat istimewa iaitu pada hari ini, 12 Disember 2012 dan anak sulung pada 20 Oktober 2010.

Ibu bertuah tersebut, Lau Siew Hoon, 31, berkata, dia dan suaminya memang merancang untuk melahirkan anak keduanya itu pada hari ini setelah mendapat kelulusan doktor berbanding tarikh sebenar iaitu 16 Disember ini.

"Tarikh 12.12.12 sangat cantik dan ia mendorong saya dan suami untuk mendapatkan kebenaran doktor melahirkan anak pada hari ini. Kebetulan, saya sudah mencapai berat ideal untuk melakukan pembedahan.

"Tambahan pula, anak sulung kami juga lahir pada tarikh istimewa iaitu 20.10.2010 dan memudahkan kami sekeluarga untuk mengingati tarikh lahir mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Pakar Johor, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment