My Add

Tuesday 25 December 2012

Dua bomba AS ditembak mati sejurus tiba di lokasi kebakaran

NEW YORK, SELASA, 25 Disember, 2012: Dua anggota bomba Amerika Syarikat (AS) ditembak mati manakala dua lagi cedera sejurus mereka tiba di lokasi kebakaran di Webster, pinggir bandar Rochester, semalam.

Ketua Polis Webster, Gerald Pickering seperti mana yang dipetik akhbar Democrat and Chronicle berkata, kejadian berlaku sejurus bomba yang menerima panggilan kecemasan itu tiba di tempat kejadian pada awal pagi.

Katanya, tiada `penembak yang aktif’ di tempat kejadian namun tali keselamatan dipasang manakala penduduk berhampiran dipindahkan.

Polis dan bomba ketika dihubungi AFP bagaimanapun mengulas lanjut mengenai insiden tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment