My Add

Tuesday 25 December 2012

APMM gagalkan cubaan seludup dadah RM600,000

JOHOR BAHRU, SELASA, 25 Disember, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat menggagalkan satu cubaan menyeludup 1.2 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM600,000, menggunakan sebuah bot, di perairan Tanjung Tohor, dekat Batu Pahat, dua hari lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata bot dipercayai dari negara jiran itu ditemui kira-kira pukul 5.30 pagi berhampiran pantai Sungai Pulai, Tanjung Tohor, selepas anggota APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan Batu Pahat menerima laporan orang awam.

"Tekong bot itu bertindak terjun ke dalam laut dan berenang ke paya bakau berhampiran sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa. Dia gagal dikesan kerana keadaan yang gelap," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment