My Add

Tuesday 18 December 2012

FBM KLCI dijangka perlahan tahun depan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Pertumbuhan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tahun hadapan dijangka tidak sebaik tahun ini dengan jangkaan pertumbuhan pendapatan sebanyak 9.4 peratus, berbanding 22 peratus tahun ini.

MIDF Research dalam nota kajiannya menjangkakan pergerakan FBM KLCI tahun hadapan tidak stabil berikutan ketidaktentuan pasaran.

"Untuk keselamatan, pemantauan perlu dibuat kepada potensi dan juga risiko yang hadir bukan sahaja dari Eropah, Amerika Syarikat dan China, malah dari domestik juga," menurut nota kajian berkenaan.

FBM KLCI dijangka ditutup pada 1,750 mata pada penghujung tahun hadapan berdasarkan 1,610.8 mata yang direkodkan pada 30 November lalu dengan kenaikan 8.6 peratus.

MIDF Research telah memilih 10 saham yang dilihat mempunyai ketahanan dan pertumbuhan yang baik pada 2013 untuk dijadikan ukuran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment