My Add

Wednesday 19 December 2012

FELCRA gabung tujuh anak syarikat untuk ke Bursa tahun depan

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012 FELCRA Bhd akan menggabungkan sekurang-kurangnya tujuh anak syarikatnya bagi tujuan memasuki Bursa Malaysia, tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berkata penyenaraian yang dijangka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 itu selaras hasrat menjadi sebuah entiti korporat yang lebih berdaya maju.

"FELCRA kini sedang dalam proses menggabungkan beberapa anak syarikat dengan tawaran awam permulaan (IPO) dijangka tahun depan.

"Bagaimanapun, FELCRA Bhd akan kekal sebagai syarikat induk," katanya selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Pengurusan FELCRA Bhd 2012 di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment