My Add

Saturday 22 December 2012

Hadi terpaksa diam amanat 'makan' diri

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini terpaksa berdiam diri dalam berhadapan dengan isu amanat beliau 31 tahun lalu ekoran menyedari kenyataan mengkafirkan UMNO itu kini 'memakan' diri.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu selepas didesak pelbagai pihak menunjukkan sikap angkuh dan bongkak Presiden Pas berkenaan walaupun sedar dengan kesalahannya.

"Nabi Muhammad SAW yang maksum pun setiap malam bertaubat kepada Allah SWT, inikan pula orang biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan serta dosa.

"Abdul Hadi kini berasa malu sebab amanat yang dibuat telah 'memakan' Pas sendiri apabila parti yang dipimpinnya membuang perjuangan menegakkan hukum Allah SWT dan menukar kepada negara berkebajikan hanya kerana kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment