My Add

Saturday 8 December 2012

Industri Kewangan Islam perlu 35,000 bakat

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 Disember, 2012:Malaysia memerlukan 35,000 bakat kewangan Islam menjelang 2030 untuk menampung pertumbuhan pesat industri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM), Datuk Dr. Adnan Alias.

Beliau berkata, institut itu merancang untuk menyediakan latihan kewangan Islam untuk menampung keperluan industri yang semakin meningkat.

"IBFIM berbangga melihat sambutan hebat terhadap kelayakan bertauliah dalam kewangan Islam dan program-program pensijilan khusus serta tahap bakat yang tinggi seperti yang dapat dilihat daripada keputusan penilaian program yang baik," katanya dalam ucapannya pada upacara penyampaian sijil sulung IBFIM, hari ini.

Muhammad menyampaikan sijil kepada 300 pemegang bertauliah dalam program-program IBFIM termasuk Perancangan Kewangan Islam, Profesional Kredit Bertauliah - Islam dan Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment