My Add

Tuesday 4 December 2012

Jangan buat eksperimen

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Kecenderungan rakyat terutama golongan muda melakukan eksperimen dalam pilihan raya perlu dikikis memandangkan tindakan berkenaan boleh mengancam kemakmuran yang dinikmati selama ini.

Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, golongan itu perlu sedar bahawa tindakan berkenaan sudah terbukti memakan diri mereka sendiri terutama di negeri-negeri pimpinan pembangkang.

"Rata-rata golongan muda yang saya kaji amat selesa dengan kemakmuran sosioekonomi di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), justeru, kenapa harus digadaikan kepada pembangkang?

"Melakukan eksperimen tidak sesuai kerana akan menyebabkan rakyat menderita. Masa beri peluang buat pilihan terbaik, jangan nanti menyesal pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Jelas Fatimah, keperibadian Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersih di mata rakyat negara ini seharusnya menjadi penggerak berkesan untuk terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada pemerintahan Perdana Menteri.

"Saya juga menyeru mana-mana pihak yang tergerak melakukan eksperimen politik ini supaya membatalkan sahaja kerana sia-sia dan menggugat kemakmuran negara," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment